Klik saya

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Perbezaan remaja dulu dan sekarang…

Pada hari Ahad lepas sedang saya duduk di sebuah restoran mamak sambil menikmati sarapan pagi, datang sekumpulan remaja antara umur 13 – 15 tahun duduk di hadapan meja saya. Sambil membetulkan meja seorang daripada remaja tersebut menoleh kebelakang dan bertanya “Bro, kerusi ni ada orang tak?” Tersenyum saya kata “Tak”.  

Saya teruskan pengamatan saya kepada kumpulan remaja tersebut, sambil mereka memberikan order kepada mamak yang tersengih-sengih. Seorang remaja dengan aksi sepontan memberitahu rakan yang lain “Mamak ni bangang la orang mintak teh o ais dia kata teh ais aku belasah juga dia ni kang” sambil tergelak. Sementara menunggu order mereka sampai mereka mula megeluarkan kotak rokok masing-masing dan memasang rokok mereka dan mula berborak.

Sambil melihat gelagat mereka, satu persoalan timbul dalam kotak pemikiran: Adakah remaja sekarang tak ada rasa hormat kepada orang yang lebih tua dari mereka?

Memang saya tidak nafikan bahawa saya pun sebenarnya nakal masa mula nak membesar, saya pun pernah merokok di masa remaja masa tu saya di tingkatan 1. Saya bersama-sama rakan-rakan sebaya telah bersepakat untuk mencuba-cuba menghisap rokok secara curi-curi. Kami mengambil tempat di hujung sebuah padang, semasa aktiviti tersebut berlangsung kami mengambil giliran untuk menghisap rokok sementara yang lain memerhatikan kawasan.

Sebagaimana biasa selepas aktiviti merokok dan bermain bola, sebagaimana biasa saya pulang ke rumah sebelum jam 7.00 malam, setiba saya di rumah saya lihat bapa saya telah menunggu di hadapan pintu sambil memegang rotan, kecut perut jugak sambil persoalan bermain dalam kotak fikiran “Apa salah aku lak ni, nak kata pukul 7.00 malam belum lagi?”

Belum sempat saya naik ke rumah kaki saya dihinggap oleh rotan, sambil soalan “Kau hisap rokok ek?” bertalu-talu soalan yang sama ditanya kepada saya. Sambil menafikan yang saya merokok tangan bapa saya hinggap dimuka saya dan satu pernyataan keluar dari mulut ayah saya “Aku tau kau pergi merokok kat padang tadi kau nak menipu aku lagi, hah!! Pergi mandi sekarang terus masuk bilik!” perintah bapa saya. 

Kemudian beliau menambah “Jangan keluar selagi aku tak panggil kalau tak rotan ni sampai kat badan kau pulak”. Pada malam itu saya tak dapat menjamah nasi sebab saya tak di panggil keluar cuma sindiran bapa saya “Dia nak makan suruh dia beli rokok, rokok kan kenyang.”

Selepas kejadian itu saya terus tidak menyentuh rokok sehinggalah saya tingkatan 5 (hehehe…masa tu duduk asrama). Saya masih merokok sehingga sekarang dan bapa saya juga seorang perokok cuma dia dah berhenti la. Tetapi pengajaran bapa saya itu betul-betul membuatkan saya hormat dengan bapa saya menyebabkan saya hanya merokok di hadapan bapa saya semasa saya menjangkau umur 30an.

Kita pernah dengar pepatah mengatakan “Jika sayang anak tangan-tangankan”, “Melentur buluh biar dari rebungnya”. Tapi apa yang kita lihat sekarang anak-anak begitu bebas melakukan sesuka hati mereka berbeza dengan dulu sorok-sorok pun kena juga dengan penangan bapa, ini membuatkan saya terfikir mana silapnya zaman sekarang ni...

Apa pendapat anda?

Wednesday, July 21, 2010

Kemanakan arah kita wahai orang melayu?

SUMPAH MELAYU

KAMI umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. 

KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. 

KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami. 

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
  • Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
  • Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
  • Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
  • Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera
Dikarang oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1946 dan diikrarkan di Batu Pahat, Johor.


Hilangkan kefanatikan perjuangan anda tetapi renungkanlah tentang bangsa dan agama sebelum anda membaca sumpah melayu ini tidakkah ia menimbulkan persoalan-persoalan berikut di dalam benak fikiran anda semua??


1. Dimanakah dia semangat orang Melayu yang menjadi tunjang kekuatan perjuangan pada masa awal ambang kemerdekaan?

2. Adakah orang melayu kini terlalu materalistik atau hanya mementingkan diri sendiri untuk mengimbau kembali semangat ini?

3. Apakah peranan kita kini dalam mengembalikan semangat tersebut? 

4. Adakah kita lupa akan asal usul perjuangan Melayu?

Apalah nak jadi dengan orang melayu kita.....mengapa kita kehilangan arah dan pegangan. 

Mengapa kita tidak kembali merenungi sumpah melayu ini bagi memartabatkan agama dan bangsa yang kian luput...


TRANSLATION

The Malay Oath

WE the nations Malay Muslim  today take our oath and pride not to envy, treachery, at odds, and argue with each other. 

WE pledge to uphold the unity and obedience to Islam and its teachings.
 
WE also promise to work hard in order to support ourselves and our families.
 
WE are ready to compete among us and with other races with respect, honesty and dignity.
 
WE swear loyalty to the Malay community in order to:

    
* Defend the interests and rights of Malay;

    
* Defend the sovereignty of the Malay Rulers;

    
* Struggle to increase the economic well-being and education of the Malay race and

    
* Defend the honor of that peace.

Written by Dato 'Onn Jaafar in 1946 and sworn in Batu Pahat, Johor.